Isnin, 24 November 2014

~KEDAI JUALAN ROZ~


Alhamdulillah, berkat usaha dan penat lelah bertahun selama  nie, akhirnya ROZ Daun Nipah telah melangkah maju setapak dengan adanya Kedai Jualan ROZ yang bertempat di No 70, Jalan Peninsula Utama 1, Peninsula Park, 45000 Kuala Selangor. 

Insya-Allah pada 29 November 2014 , Kedai Jualan ROZ ini akan beroperasi sepenuhnya. Di jemput semua untuk hadir ke jamuan perasmian pada jam 3.00 petang.

Namun jangan salah faham...sebab ada yang beranggapan Kedai Proses Otak-Otak ROZ di Kg Kuantan itu telah tutup. Ingin dimaklumkan Kedai di Kg Kuatan masih lagi beroperasi , lebih menumpukan kepada proses Otak-Otak. Manakala Kedai Jualan ROZ akan menumpukan penjualan produk ROZ dan sejuk beku. Yang lagi menarik Cafe ROZ juga akan dibuka di kedai jualan tersebut. 

Doakan kejayaan kami yer.  






Tiada ulasan:

Catat Ulasan