Isnin, 25 Mei 2015

Daun otak-otak

Assalamualaikum...

Untuk makluman semua, kami bukan sahaja membekalkan otak2x dan produk sejuk beku...tetapi kami juga ada membekalkan daun otak-otak kepada peniaga otak2x.

Oleh itu, peniaga otak2x...dialu2xkan untuk mendapatkan bekalan daun otak2x daripada kami. Harga dijamin berpatutan.

Boleh hubungi 0107765010 atau 0173672109 untuk maklumat lanjut.

Khamis, 14 Mei 2015

~KUIH FROZEN DI ROZ ~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Entri kali ini, saya nak promosikan kuih frozen yang ada di kedai ROZ kami. Bukan setakat otak-otak dan sata sahaja yang kami jual. Kami juga menjual pelbagai kuih frozen yang sedap dan mudah dimasak.

Antara kuih frozen yang menjadi pilihan pembeli ROZ adalah Popia Otak-Otak , Popia Sata , Kuih Cucur Badak , Sosej Roll, Popia Ketam dan Roti Canai. Ini adalah antara kuih frozen yang sentiasa stok tidak mencukupi. Apalagi, jika berkesempatan singgahlah di Kedai ROZ kami iaitu di No 70, Peninsula Utama 1, Peninsula Park, Kuala Selangor dan di Cawangan ROZ iaitu di No 26, Jalan PPI 1,  Bandar Seri Iskandar , Tronoh Perak.






f6[p[

Sabtu, 4 April 2015

Pembukaan kedai ROZ di Perak

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Pembukaan kedai ROZ yang ke 3 di 26, jalan PPI , Bandar Seri Iskandar , Tronoh Perak.

Penduduk disekitar seri iskandar boleh lah singgah ke kedai ROZ.. bermacam produk sejuk beku yang kami jual. Harga di jamin berpatutan.

Untuk peniaga-peniaga...kami pastikan anda akan dapat harga peniaga yang jauh lebih murah dari di luar sana. Jom ramai-ramai pakat jadi peniaga otak2x...

Isnin, 30 Mac 2015

Kedai otak-otak cawangan ke 3

Assalamualaikum dan salah sejahtera semua....

Alhamdulillah .... berkat doa kawan2x semua....kedai Roz telah membuka cawangan baru di bandar seri iskandar, perak. Jika tiada halangan, insya-Allah roz akan mengadakan pembukaan dan doa selamat pada 4.4.2015 ini bertempat di kedai roz, seri iskandar perak.

Jemput kawan2x semua untuk datang ke kedai kami ye...terutama yang tinggal di perak. Buat masa ini...barang2x masih belum sampai lagi...baru dalam proses kemas dan susun atur.....insya-Allah pada tarikh pembukaan tersebut..kedai roz akan mula beroperasi sepenuhnya.

Doakan kedai roz ini berkembang maju hingga ke utara dan selatan.insya-Allah..amin.

Selasa, 2 Disember 2014

~KEDAI JUALAN ROZ TELAH BEROPERASI~


Alhamdulillah , Kedai Jualan ROZ telah beroperasi sepenuhnya. Majlis Doa Selamat telah dibuat pada 29 November 2014 yang lepas di kedai ROZ beralamat di No 70 jln peninsula utama 1,Peninsula park 45000 kuala selangor, Selangor. Kedai beroperasi daripada 8.00 pagi sehingga 10.00 malam.







Sekitar Majlis Doa Selamat Kedai ROZ Frozen. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir. Semoga dengan sokongan semua, Kedai ROZ Frozen ini akan maju jaya. 












Antara pekerja ROZ Daun Nipah yang hadir

Isnin, 24 November 2014

~KEDAI JUALAN ROZ~


Alhamdulillah, berkat usaha dan penat lelah bertahun selama  nie, akhirnya ROZ Daun Nipah telah melangkah maju setapak dengan adanya Kedai Jualan ROZ yang bertempat di No 70, Jalan Peninsula Utama 1, Peninsula Park, 45000 Kuala Selangor. 

Insya-Allah pada 29 November 2014 , Kedai Jualan ROZ ini akan beroperasi sepenuhnya. Di jemput semua untuk hadir ke jamuan perasmian pada jam 3.00 petang.

Namun jangan salah faham...sebab ada yang beranggapan Kedai Proses Otak-Otak ROZ di Kg Kuantan itu telah tutup. Ingin dimaklumkan Kedai di Kg Kuatan masih lagi beroperasi , lebih menumpukan kepada proses Otak-Otak. Manakala Kedai Jualan ROZ akan menumpukan penjualan produk ROZ dan sejuk beku. Yang lagi menarik Cafe ROZ juga akan dibuka di kedai jualan tersebut. 

Doakan kejayaan kami yer.  






~ Perginya Kumari ~


Sebenarnya dah lama nak share berita ini dengan semua pengunjung kedai Roz, namun masa tidak mengizinkan. Hari ini baru kesempatan nak beritahu pada semua.

Untuk makluman semua, salah seorang pekerja ROZ telah meninggal dunia. Puan Kumari telah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Doakan semoga roh beliau tenang di sana. Beliau merupakan pekerja ROZ yang baik dan rajin . Kehilangan beliau amat dirasai. Takziah buat keluarga beliau.